Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, penggunaan sektor swasta dan peningkatan dalam sektor berkaitan komoditi menjadi pemacu peningkatan KDNK bagi suku tersebut. 

Katanya, dari sisi penawaran, sektor perkhidmatan dan perkilangan kekal menjadi pemacu utama pertumbuhan.

"Antara faktor yang memacu pertumbuhan termasuklah perbelanjaan sektor swasta yang berdaya tahan, peningkatan eksport bersih dan pengembangan berterusan dalam sektor perkhidmatan dan perkilangan," katanya pada sidang akhbar mengumumkan prestasi ekonomi suku keempat 2018 di sini hari ini.

Malaysia mencatatkan KDNK pada kadar 5.4 peratus pada suku pertama 2018 yang kemudiannya menurun pada 4.5 peratus suku kedua dan 4.4 peratus pada suku ketiga tahun lalu. -UTUSAN ONLINE.