Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agrobank, Datuk Wan Mohd. Fadzmi Wan Othman berkata, dengan pertambahan penduduk yang dijangka meningkat kepada 50 juta orang menjelang 2050, kerajaan memandang serius terhadadap usaha memastikan bekalan makanan negara mencukupi.

“Penglibatan orang muda dalam sektor pertanian amat digalakkan selain inovasi dan penggunaan teknologi terkini untuk memastikan kelestarian jaminan makanan pada masa hadapan. Jika dirancang dan dilaksanakan dengan baik, kita mampu menghasilkan lebihan dalam pengeluaran sekali gus mengurangkan defisit imbangan serta meningkatkan jumlah eksport negara,” katanya dalam ucapan pada majlis Dialog Niaga Agrobank (DNA) 2017 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE