Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu dimuktamadkan ketika Mesyuarat Menteri-menteri Kawasan Pertumbuham Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand ke-24 yang dipengerusikannya minggu lalu. 

Katanya, ini kerana pertumbuhan ekonomi sebenar harus bergerak seiring dengan mencerminkan kuasa beli rakyat. 

“Ini perlu ditangani secara holistik dengan memastikan pendekatan yang diambil dapat mengatasi ketidaksamarataan pertumbuhan di seluruh negara dan juga dari segi ketidakseimbangan pendapatan terutama melibatkan kumpulan B40, kadar pengangguran belia yang tinggi dan peningkatan kos sara hidup,” katanya dalam ucapan perasmian Khazanah Megatrends Forum 2018 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE