Bermula hanya sebagi pemandu lori Felda di bawah jabatan usahawan, Norafizi tekad menceburi bidang perniagaan berkenaan dengan harapan ingin meningkatkan taraf hidup dirinya dan lebih-lebih lagi mendapat sokongan penuh daripada keluarga tercinta.

“Saya menternak kambing secara kecil-kecilan bermula 2013 di Segamat, Johor.

“Saya mula berminat dan berjinak-jinak dengan Grup Transformai Ruminan (GTR) dan bermula itulah saya mempunyai kenalan yang ramai dalam bidang yang sama,” ujarnya.


Malah, Norafizi bersyukur rakan-rakannya tidak pernah kedekut ilmu dan sentiasa membantunya dalam perihal memasarkan produk lain seperti penjualan susu kambing dan kambing perap.

“Saya membuat kambing perap ini untuk ahli keluarga dan kenalan untuk dijual secara suka-suka bagaimanapun perkara itu mendapat sambutan yang positif daripada mereka


“Malah Pengarah Jabatan Usahawan Felda turut memberi respon yang positf dan memasukkan produk saya ke Sawari kerana dia inginkan produk yang berlainan selain kuih frozen yang pelbagai jenis yang dipasarkan oleh Sawari,” katanya.
Menerusi jenama KAMbesz, produk kambing perapnya kini sudah mula dijual di beberapa pusat membeli hypermarket.



“Setakat ni kambing perap KAMbesz ada dijual di Aeon Tebrau dan Aeon Taman Universiti secara consignment,” katanya.

Norafizi sangat menitik berat kualiti kambing yang digunakannya bagi memenuhi cita rasa pengguna sekaligus mampu bersaing dengan produk lain.

“Saya hanya menggunakan daging biri biri muda berusia kurang dua tahun yang diimport dari New Zealand dan Australia yang diperolehi daripada pembekal di Kota Tinggi, Johor.

Menurut Norafizi, dia sendiri yang mengadun rempah perap bermula dari masak sos marinate atau perap, masak sos cicah blackpepper sehingga membungkus daging untuk diperap, menampal sticker dan meletakkan tarikh luput.

“Semuanya saya lakukan sendiri dengan bantuan isteri yang sentiasa memberikan galakan dan sokongan,” katanya .

Menurut Fizie jualan kambing perap bermusim dengan permintaan tinggi biasanya semasa musim perayaan, cuti sekolah.

Berbicara mengenai perancangan masa hadapan, Norafizi berharap dia mampu membuka premisnya sendiri selain memperluaskan pasaran jualannya selain mempunyai lebih ramai agen dan sokis.

“Buat masa ini saya masih bekerja lagi dan produk hanya boleh dijalankan pada hari cuti sahaja sebab semua saya buat sendiri di rumah,” katanya .