Lebihan dalam sistem konvensional berkurangan sedikit kepada RM24.28 bilion daripada RM24.59 bilion pada pagi ini, manakala dalam sistem Islam, ia susut kepada RM13.27 bilion daripada RM16.31 bilion.

Terdahulu, BNM menawarkan enam tender yang terdiri daripada dua tender pasaran wang konvensional, dua tender Qard dan dua tender repo.

Pada pukul 4 petang, bank pusat menawarkan tender semalaman konvensional bernilai RM23.6 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM13.1 bilion, kedua-duanya bagi wang tiga hari.

Purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 3.19 peratus manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing berada pada 3.26 peratus, 3.30 peratus dan 3.35 peratus. - BERNAMA