Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM20.7 bilion daripada RM23.96 bilion pada sebelah pagi manakala dalam sistem Islam, ia berkurangan kepada RM15.42 bilion daripada RM18 bilion.

Terdahulu, BNM menawarkan dua tender pasaran wang konvensional dan tiga tender Qard.

Pada pukul 4 petang, bank pusat juga melaksanakan tender pasaran wang konvensional RM20.7 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM14.4 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

BNM turut menyemak semula tender semalaman konvensional kepada RM14.4 bilion daripada RM13.9 bilion.

Kadar faedah semalaman Islam purata pada 2.96 peratus manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing disandarkan pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus. - BERNAMA