BNM menganggarkan mudah tunai hari ini berjumlah RM46.4 bilion dalam sistem konvensional dan RM18.46 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan mengendalikan tender pasaran wang lelongan matang pelbagai pada RM15 bilion bagi lima hingga 90 hari, dan tender program Komoditi Murabahah pada RM500 juta bagi 61 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional sehingga RM31.4 bilion dan tender semalaman Qard bagi RM11.1 bilion. - BERNAMA