Lebihan dalam sistem konvensional turun kepada RM14.55 bilion daripada RM17.04 bilion pagi ini manakala dalam sistem Islam, ia susut kepada RM13.62 bilion daripada RM16.85 bilion.

Terdahulu, BNM menawarkan enam tender terdiri daripada satu tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan empat tender Qard.

Pada pukul 4 petang, bank pusat menawarkan tender semalaman konvensional bernilai RM14.5 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM13.6 bilion, kedua-duanya bagi wang tiga hari.

Purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 3.19 peratus manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing pada 3.26 peratus, 3.30 peratus dan 3.35 peratus. - BERNAMA