Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, berdasarkan Bancian Ekonomi 2016, jumlah usahawan wanita di Malaysia masih kecil iaitu di paras 20.6 peratus daripada jumlah keseluruhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara.

Beliau berkata, pelbagai inisiatif dan peluang telah disediakan oleh kerajaan dan juga agensi-agensinya bagi membantu usahawan-usahawan PKS. 

“Saya percaya pemerkasaan sektor PKS secara efektif boleh mengurangkan kadar kemiskinan.

“Dalam hal ini, adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan menyediakan polisi-polisi yang sesuai, manakala agensi-agensi kerajaan menyediakan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang berpadanan, di samping menyediakan khidmat nasihat yang berkaitan, untuk mewujudkan satu kemudahan asas bagi membangunkan rakyat melalui PKS,” katanya pada majlis pelancaran SME Bank Xcess 2018 dan majlis pelancaran produk MySMELady dan MySMExport di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Md. Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail. - UTUSAN ONLINE