Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelaburan tertinggi FDI adalah dari Singapura, iaitu sebanyak RM341.7 juta, diikuti Belanda dengan RM302.4 juta, Perancis (RM124.6 juta),;Taiwan (RM57.9 juta) dan United Kingdom sebanyak RM51 juta.

Katanya, FDI negeri ini pada tahun lalu adalah sebanyak RM11.1 bilion dengan pelaburan terbesar dari United Kingdom RM2.3 bilion, manakala pada 2015 berjumlah RM3.14 bilion dengan pelaburan terbesar dari Singapura RM961 juta.

“Berdasarkan prestasi serta jumlah FDI yang saya kongsikan ini, secara asas boleh disimpulkan, antaranya bahawa FDI yang masuk ke Johor adalah konsisten dan stabil.

“Kemasukan FDI ke Johor banyak dipengaruhi dan inisiatif yang diambil oleh kerajaan negeri dan kerajaan Pusat,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional mengenai FDI ke negeri ini. - UTUSAN ONLINE