Di Vietnam, beberapa pengguna menerima barangan yang tidak serupa seperti yang dipesan dan selepas itu pula tidak mendapat perkhidmatan pe­lang­gan yang memuaskan ketika mendapatkan bantuan. Menurut laporan, beberapa pengguna telah melaporkan isu ini kepada pihak berkuasa Vietnam.

Platform e-dagang pa­ling popular di Malaysia juga menghadapi masalah yang sama. Sebilangan pengguna yang menjalankan pembe­lian dalam talian tidak dapat menyelesaikan proses pembayaran dise­babkan kemasukan pesanan yang besar pada pukul 12.00 tengah malam dan pada waktu tertentu semasa Singles’ Day.

Antara sebab utama isu ini adalah perkhidmatan gerbang pembayaran. Laman web se­perti Lazada dan Shopee menghadapi masalah dengan gerbang pembayaran yang menghalang pelanggan daripada melengkapkan pesanan mereka.

Malah, Lazada turut memaparkan mesej permintaan maaf di platform media sosial yang mengesahkan bahawa peningkatan besar trafik dalam talian menyebabkan infrastruktur pem­bayarannya terjejas.

Bagaimanapun, isu-isu ini boleh menjadi peluang yang baik bagi perniagaan untuk berusaha memperbaiki masalah itu. Perniagaan e-dagang di negara seperti Singapura telah bersedia untuk acara jualan Singles’ Day melalui kerjasama rapat dengan gerbang pembayaran dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga bagi mengurangkan masalah tersebut sebelum tempoh jualan.

Selain itu, Shopee juga be­ker­jasama dengan penjual untuk meramalkan permintaan pengguna dan membuat langkah-langkah yang perlu bagi menghadapi tempoh jualan termasuk menjalankan analisis dan persediaan untuk acara tersebut yang dilakukan de­ngan baik. Ketua Pemasaran Shopee, Tao Ruoshan menyatakan beberapa penjualnya mula membungkus produk untuk penghantaran tiga hari sebelum jualan selepas mengenal pasti senarai bara­ngan yang paling popular melalui analisis yang dijalankan itu.

Pemain e-dagang boleh memastikan perkara ini tidak berulang pada masa akan datang dengan menggunakan data daripada platform tahun ini dan bekerjasama rapat dengan vendor pihak ketiga serta penyedia perkhidmatan untuk mengurangkan masalah.

Acara Jualan 12.12

Tahun ini menyaksikan minat carian yang lebih tinggi pada hari jualan 11.11 di Asia Tenggara berbanding tahun sebelumnya. Di Indonesia, Google mengalami lonjakan besar dalam kata kunci ‘11.11’ seawal 26 Oktober, lebih dari dua minggu sebelum Singles’ Day.

Pasaran e-dagang kedua terbesar di Asia Tenggara iaitu Filipina, mengalami lonjakan yang sama yang mana pengguna mula melayari dan mema­sukkan produk-produk ke troli dalam talian mereka seawal pukul 9 malam pada hari sebelum acara berkenaan.

Lonjakan minat pada acara jualan ini disebabkan peningkatan kesedaran mengenai jualan dalam talian sejak pengena­lannya di Asia Tenggara pada tahun-tahun sebelumnya. Walaupun hari jualan 11.11 dianggap sebagai tempoh penjualan dalam talian yang paling pen­ting, acara penjualan 12.12 dijangka menjadi tempoh jualan kedua paling penting.

Ini terbukti dari tahun sebe­lumnya seperti di Malaysia yang menyaksikan minat cariannya melonjak lebih tinggi dari Singles’ Day pada 2017 di Google. Jualan 12.12 tahun ini dijangka mempunyai minat yang lebih rendah berbanding 11.11 kerana kebanyakan platform e-dagang telah melabur sumber yang banyak untuk mempromosikan acara Singles’ Day.

Walau bagaimanapun, 12.12 kekal sebagai tempoh jualan penting dan tidak boleh di­abaikan oleh e-dagang. Di Thailand, para pedagang e-dagang meneruskan penjualan Singles’ Day selama dua atau tiga hari selepas 11 November untuk pengguna yang terlepas hari jualan terbesar itu. Ini kerana pengguna masih berminat dengan tawaran dalam talian dan kini lebih aktif mencari tawaran memandang­kan mereka terdedah kepada kemudahan membeli-belah dalam talian.

Menjelang tahun depan, adalah penting untuk e-dagang mengambil perhatian terhadap trend penting dan pengajaran yang berlaku pada tahun ini untuk mempersiapkan diri bagi acara akan datang. E-dagang dijangka mencapai tahap yang le­bih tinggi pada masa hadapan dan terpulang kepada perniagaan e-dagang untuk me­manfaatkan peluang bagi merea­lisasikan potensi penuh e-dagang pada tahun-tahun mendatang.

Jeremy Chew adalah Ketua Pemasaran Kandungan di iPrice Group Malaysia (https://iprice.my)