Menteri Besar, Datuk Osman Sapian merangkap Pengerusi bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) berkata, daripada jumlah itu, 58 peratus atau RM154.14 bilion pelaburan telah direalisasikan.

“Daripada jumlah terkumpul itu, sebanyak 61 peratus (RM161 bilion) merupakan pelaburan domestik, manakala pelaburan asing adalah 39 peratus (RM102.9 bilion).

“Malah, pada tahun 2018 sahaja, pelaburan terkumpul daripada Januari hingga Jun adalah sebanyak RM10.9 bilion,” katanya pada lawatan kerja ke IRDA di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim.

Berdasarkan laporan pelaburan terkini itu, beliau optimistik Iskandar Malaysia boleh mencapai sasaran pelaburan RM383 bilion pada tahun 2025. - UTUSAN ONLINE.