Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim berkata, kejayaan itu dicapai biarpun dalam keadaan ekonomi global yang mencabar pada masa ini.

“Pada suku ketiga tahun ini, lima sektor yang menyumbang terhadap pelaburan itu ialah pembangunan bercampur dengan jumlah RM9.7 bilion, logistik (RM670 juta), kreatif (RM540 juta), pendidikan (RM540 juta) dan pelancongan (RM320 juta).

“Iskandar Malaysia berada di landasan yang betul dan optimistik untuk mencapai sasaran pelaburan pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Ismail berkata, 59 peratus atau RM161.33 bilion daripada jumlah pelaburan komited itu sudah direalisasikan dengan RM20.8 bilion berjaya dilaksanakan dalam tempoh Januari hingga September tahun ini.

Menurutnya, pelaburan domestik menyumbang kepada 60 peratus atau RM164.9 bilion pelaburan terkumpul, manakala baki 40 peratus atau RM108 bilion merupakan pelaburan asing. - UTUSAN ONLINE