Dalam kenyataan hari ini, Jabatan Perangkaan berkata, peningkatan itu didorong oleh pertumbuhan sebanyak 6.7 peratus dicatatkan dalam sektor pembuatan, selepas mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.9 peratus pada Mac 2017.

Sub-sektor utama lain yang meningkat pada April 2017 adalah produk elektrik dan elektronik (9.7 peratus), makanan, minuman dan tembakau (15.4 peratus) dan produk petroleum, kimia, getah dan plastik (3.0 peratus).

Jabatan itu berkata, pengeluaran sektor perlombongan susut dua peratus pada April 2017 berikutan penurunan 6.6 peratus dalam indeks minyak mentah manakala indeks Gas Asli meningkat 4.0 peratus.

"Pengeluaran sektor elektrik merosot sebanyak 1.5 peratus pada April 2017 selepas penurunan 0.2 peratus pada Mac 2017," katanya. - BERNAMA