Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

IPO: Eco World sasar raih RM2.58b

Projek Embassy Gardens di United Kingdom antara projek yang dibangunkan 2
Projek Embassy Gardens di United Kingdom antara projek yang dibangunkan oleh EcoWorld International dengan kerjasama syarikat pemaju, Ballymore.

KUALA LUMPUR 9 Mac - Eco World International Bhd. menyasarkan untuk meraih kira-kira RM2.58 bilion daripada tawaran awam permulaan (IPO) yang bakal menjadi IPO terbesar diterbitkan di Malaysia.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Teow Leong Seng berkata, syarikat bercadang menerbitkan sehingga kira-kira 2.15 bi­lion saham baharu.

Katanya, tawaran runcit terdiri daripada 408 juta saham IPO akan mewakili 17 peratus daripada jumlah modal terbitan dan berbayar Eco World yang ditambah selepas penyenaraian. Tawaran runcit berkenaan pada RM1.20 sesaham.

“Sebanyak 52.9 peratus daripada hasil IPO akan digunakan untuk membayar balik hutang dalam tempoh enam bulan berjumlah RM1.37 bilion, dan 43.6 peratus (RM1.13 bilion) akan digunakan untuk modal kerja dan atau pemerolehan tanah pada masa depan.

“Baki hasil tersebut diperuntukkan bagi penyelesaian pemerolehan Eco World Investment dan anggaran perbelanjaan penyenaraian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Daripada 17 peratus yang diperuntukkan bagi tawaran runcit, 240 juta ditawarkan untuk pemegang saham Eco World Deve­lopment Group Bhd. yang layak; 120 juta saham untuk pe­ngarah, pekerja Eco World dan Eco World Development yang layak manakala baki 48 juta saham diperuntukkan untuk orang ramai.

Eco World turut menandatangani perjanjian langganan saham dengan GuocoLand Ltd. bagi pegangan strategik 27 pe­ratus dalam modal saham terbitan dan berbayar yang ditambah.

Syarikat turut menandata­ngani perjanjian tawaran pemegang saham uta­ma de­ngan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd. (PNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) yang bersetuju melanggan 212.4 juta saham dalam agregat.

Leong Seng berkata, harga saham tawaran institusi dijangka antara RM1.15 dan RM1.20 sesaham.

“Kami memulakan proses penerangan (bagi IPO) awal tahun ini meliputi Kuala Lumpur, Singapura dan Hong Kong, dan membawa hasil yang baik setakat ini PNB, KWAP serta KWSP menandatangani perjanjian,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain