Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ismail Abd. Aziz berkata, perkembangan itu menunjukkan Malaysia berhasrat menjadikan inovasi sebagai

peneraju utama pertumbuhan ekonomi negara.

Justeru kata beliau, pihaknya memyokong penuh hasrat tersebut dengan penganjuran program-program bersifat penyelidikan dan inovasi.

“Rakyat Malaysia terutama generasi muda serta di peringkat akar umbi perlu dimaklumkan berkenaan kepentingan inovasi dan kreativiti.

“Ini bagi memastikan pembudayaan inovasi dan kreativiti dapat diamalkan setiap hari,” katanya dalam ucapan perasmian Pertandingan Inovasi dan [email protected] Peringkat Kebangsaan 2018 (PNiCC’18) di [email protected] di sini sebentar tadi.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Mohammad Naim Yaakub.

Yang turut hadir Pengarah Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB), Azirin Abdul [email protected] dan Timbalan Pengarah PMJB, Dr. Norazlina Ahmad. - UTUSAN ONLINE