Dalam kenyataannya, Outsourcing Malaysia (OM) berkata, pertumbuhan yang diunjur itu disokong pelbagai faktor, antara­nya terma­suk peningkatan tekanan terhadap syarikat global untuk mengurangkan kos susulan daripada penyederhanaan ekonomi.

Di samping itu, insentif menarik dan infrastruktur dalam sektor GBS tempatan, serta kekukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) dan pelbagai perkembangan geo-politik turut berpotensi mendorong syarikat memindahkan operasi GBS sedia ada ke Malaysia.

Pengerusi OM, Cheah Kok Hoong berkata, pelbagai dasar dan strategi yang dilaksanakan sejak sekian lama telah mewujudkan nilai jangka panjang kepada sektor GBS.

Industri GBS bernilai AS$670 bilion pada 2014, dengan Asia-Pasifik menguasai pasaran terbesar sebanyak 36 peratus (AS$240 bilion). – BERNAMA