Ketua Ekonomi IMF, Maurice Obstfeld berkata, pe­ngu­rangan unjuran itu dibuat susulan ketegangan perdagangan semakin meningkat dan tekanan dalam pasaran baharu muncul.

Katanya, meskipun ekonomi global masih di landasan betul untuk mengatasi kadar direkodkan pada tahun lepas, namun ia merupakan yang paling kukuh sejak 2011 tetapi kelemahan pasaran Brazil dan Turki perlu diambil kira.

“Jangkaan bagi Amerika Syarikat (AS) pada 2018 kekal tidak berubah tetapi IMF me­ngurangkan unjuran untuk tahun depan susulan daripada impak konflik perdaga­ngan.

“Unjuran ini disifatkan sebagai kurang seimbang dan lebih kepada pengemba­­­ng­an tentatif berbanding apa yang diharapkan pada April lepas,” katanya dalam laporan Bloomberg di sini hari ini.

Menurut Obstfeld, risiko terhadap prospek global telah meningkat dalam tempoh tiga bulan lepas dan membawa kepada kejatuhan unjuran.

Jelasnya, ancaman terma­suk perang dagangan antara AS dan negara China serta jangkaan kenaikan kadar faedah akan mempercepatkan proses pengeluaran modal daripada pasaran baharu muncul.

“Amaran ini muncul lebih-lebih lagi menteri kewangan, IMF dan Kumpulan Bank Dunia akan mengadakan mesyua­rat tahunan 2018 pada 12 hingga 14 Oktober ini di Bali, Indonesia.

“Jika perang dagangan ini berterusan, ia boleh mengganggu sebahagian besar daripada pertumbuhan global,” katanya.

IMF mengurangkan unjuran meliputi aspek yang meluas termasuk menurunkan jangkaan bagi pertumbuhan AS tahun depan kepada 2.5 peratus, turun 0.2 mata peratusan dari Julai lalu. – AGENSI