Ramai di antara petani ini sebenarnya telah menikmati kehidupan yang lebih baik dengan pendapatan yang lebih tinggi selepas mengikuti beberapa program yang dijalankan oleh pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA), serta agensi-agensi di bawah MoA dan yang paling hampir dengan golongan ini adalah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), yang menggalakkan para petani ini mengamalkan pertanian sebagai satu perniagaan.

Walau bagaimanapun, masih ada ramai di luar sana, terutamanya golongan belia, yang masih belum sedar atau mungkin masih lagi tidak mempercayai akan hasil lumayan yang boleh didapati setelah memerah keringat di bawah terik matahari dan juga cuaca yang tidak menentu. Menyedari akan hakikat ini, MoA melalui LPP telah memperkenalkan pelbagai pertandingan bagi mengiktiraf para penggiat tani
yang telah berjaya, menggalakkan mereka bersaing agar mencapai kejayaan yang lebih tinggi serta untuk dijadikan case study agar mereka yang tidak berminat menceburi bidang pertanian ini secara tidak langsung akan tertarik dengan pendapatan lumayan yang diperolehi serta dapat ‘dipujuk’ untuk menukar selera menyertai kegiatan pertanian.

Para pengunjung #MAHA2016 daripada 1hb. - 11hb. Disember ini akan dapat menemui ikon-ikon jutawan ini dan bertanya sendiri mengenai segala susah payah serta perit jerih yang dilalui oleh ikon-ikon ini sebelum mereka mencapai kejayaan. Di antara para jutawan ataupun ikon tani tersebut termasuklah para pemenang Anugerah Peladang Jaya, Pertubuhan Peladang Jaya serta Unit Peladang Jaya yang telah bekerja sama menjayakan agenda pertanian serta industri asas tani negara.

Saipol Azimir Bin Zainudin - Pemenang Anugerah Peladang Jaya Lelaki 2015 Berumur 32 tahun, Saipol Azimir yang kisahnya baru-baru ini telah viral di media sosial telah mendapat komen yang positif daripada Netizen terhadap kisah hidupnya telah mengusahakan kegiatan perternakan haiwan (terutamanya lembu) dan juga industri yang berkaitan dengannya di Kuala Langat, Selangor.

Beliau yang kini telah berkeluarga dengan lima orang anak yang masih kecil, mula bekerja sebagai seorang buruh kasar pada usia awal belasan tahun lagi kerana tidak berminat untuk meneruskan pelajaran,maka
telah menjadikan bidang penternakan sebagai halatuju kehidupan beliau dan telah memilih PPK Kuala Langat sebagai ‘sahabat’ dalam membentuk kejayaan beliau pada hari ini.

Kisah kejayaan hari ini di perolehi daripada pendapatan yang diperolehi dimanfaatkan sepenuhnya dengan membeli seekor lembu di awal umur remaja dan dalam masa singkat beliau telahpun memiliki dalam 4 - 5 ekor lembu. Seterusnyabeliau mengambilvkeputusan untuk menternak lembu sepenuh masa dan keputusan ini ternyata berbaloi kerana beliau semakin komited terhadap perniagaannya dan lembu-lembu ternakannya berkembang kepada 300 ekor ketika beliau baharu berusia 19 tahun.

Beliau juga menggaji para belia di kampungnya, terutamanya yang tidak mempunyai apa-apa pekerjaan, untuk membantu mengendalikan perniagaan serta ternakannya yang kini turut merangkumi penternakan kambing biri-biri, kambing kampung, rusa dan juga kerbau. Untuk menambahkan pendapatan, Saipol Azimir turut mengusahakan penanaman pisang tanduk, ubi kayu dan juga kunyit serta daun kunyit dan turut mengambil upah membina kandangkandang kambing, menambak tanah dan memperbaiki atau membuat sistem perparitan.

Secara kasarnya, kegiatan penternakan haiwannya mendatangkan hasil lebih RM200 ribu setahun pada tahun 2015, dengan keuntungan bersih sebanyak hampir RM600 ribu. Kegiatan pertaniannya pula memberikan hasil sebanyak RM1.5 juta pada tahun 2015, dengan keuntungan hampir RM300 ribu. Beliau turut aktif dalam aktivitiaktiviti pertanian di Kuala Langat dengan menjadi Pengerusi Kortani di Pertubuhan Peladang kawasan Kuala Langat dan juga pertubuhan-pertubuhan NGO seperti menjadi AJK JKKPP dan Persatuan Belia Kuala Langat.

Beliau amat berbangga dengan pencapaiannya setakat ini dan menyeru agar lebih ramai golongan belia menyertai sektor pertanian kerana ia mendatangkan hasil yang lumayan.

Tengku Faridah Bte Tengku Hussin - Pemenang Anugerah Peladang Jaya Wanita 2015 Dengan lulusan segulung ijazah daripada Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia, Tengku Faridah Bte Tengku Hussin bercita-cita untuk menggunakan pengetahuan yang ditimbanya bagi membantu suaminya yang sedang mengusahakan kegiatan penanaman sayuran di Cameron Highlands, Pahang.

Walau bagaimanapun, suaminya telah merancang untuk menyerahkan segala urusan kebun sayurannya kepada Tengku Faridah sebaik saja beliau tamat pengajian, dan dari situ bermulalah kerjaya beliau sebagai seorang petani berijazah. Perkara pertama yang dilakukannya sebaik saja mengambil alih kebun tersebut adalah ‘memodenkan’ pengendalian kebun tersebut, terutamanya dari segi pengaliran dan rumah plastik agar sayursayuran menerima air serta pendedahan cahaya matahari yang mencukupi sepanjang masa.

Dengan bekalan yang ada hasil daripada kebun dan juga
kerja-kerja kontraktror, Tengku Faridah menceburi pula ladang strawberi dan turut menghasilkan jem, kordial dan aiskrim strawberi. Kini, ladang dan kafe strawberinya di Cameron Highlands, Royal Beri, adalah merupakan antara persinggahan yang terkenal di kalangan para pelancong ke pusat peranginan tanah tinggi ini. Pendapatan dari kebun sayurnya sahaja telah memberikan hasil bernilai lebih RM1 juta pada tahun 2014, iaitu ribu dari kebun sayurannya dan RM300 ribu dari ladang serta hasil pemprosesan strawberi.

Kafe Royal Berinya sahaja memperolehi pendapatan RM200 ribu pada tahun Suami , keluarga agensi-agensi MoA seperti LPP adalah ‘penyokong’ kuatnya dan sering tampil memberikan sokongan, nasihat serta tunjuk ajar. Beliau turut berkongsi kejayaannya dengan menyertai serta mengetuai aktiviti yang dilakukan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Cameron Highlands dalam membantu melahirkan usahawan berjaya. Pada beliau, berbudi pada tanah memang tinggi pulangannya.

SEMINAR TRANSFORMASI, PEMASARAN MAHA 2016 Selain daripada ikon-ikon tani ini, para pelawat akan turut dapat menimba ilmu pengetahuan daripada beberapa penceramah berkualiti serta terkenal yang akan menyertai Seminar Transformasi Pemasaran MAHA 2016 yang akan diadakan dari 5hb. sehingga
10hb. Disember, di Dewan D, MAEPS.

Di antara mereka ialah Irfan Khairi, seorang penceramah profesional, penulis buku serta pelatih peringkat antarabangsa dalam bidang e-niaga. Beliau akan menyampaikan pembentangan bertajuk ‘Menjadi Agropreneur Berjaya Melalui Pemasaran Internet’ pada jam 9.00 pagi - 5.00 petang pada 5hb. Disember. Sesi ini mengenakan caj sebanyak RM100 seorang.

Sesi kedua pada 6hb. Disember pula akan memberikan fokus kepada ‘Model Perniagaan Food Truck’ dengan memaparkan Hasril Nordin, seorang business coach yang terkenal. Sesi ini juga dikenakan bayaran sebanyak RM50 seorang.

Untuk sesi-sesi seterusnya, kita akan turut dapat mendengar daripada Hairuddin Omar, dari HAI-O, seorang pemain bola sepak profesional Malaysia yang kini merupakan seorang usahawan berjaya dalam bidang industri makanan, terutamanya pes makanan dan sos. Kisah-kisah usahawan berjaya, khususnya usahawan muda, serta maklumat-maklumat mengenai peluangpeluang perniagaan ladang kontrak, pengeksportan durian ke China, pembiayaan kewangan untuk pertanian dan potensi pasaran antarabangsa akan turut dikongsi bersama oleh para penceramah yang sememangnya pakar
dalam bidang-bidang tersebut.

Jangan lupa! Pastikan anda berada Serdang di antara 1 - 11 Disember ini dan dapatkan buah-buahan, sayur-sayuran serta lain-lain barangan serta perkhidmatan berkaitan pertanian semasa acara tersebut. TEMUINYA DI #MAHA2016! Ikon Tani -Jutawan kongsi rahsia di #MAHA2016