Kerja-kerja struktur utama bangunan tersebut bermula sejak Januari 2017 dan mengambil masa 10 bulan. Projek itu melibatkan kira-kira 500 pekerja pembinaan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan IJM, Datuk Soam Heng Soon berkata, l struktur bangunan yang telah siap itu merupakan satu pencapaian terbaik kepada syarikat.

“Kami percaya reka bentuk bangunan ini akan memberi nafas baharu kepada persekitaran di TRX,” katanya dalam majlis penyempurnaan binaan yang dihadiri Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE