Sebaliknya Idris berkata, kehadirannya hanyalah untuk mengumpul maklumat dan bukti yang mengakibatkan kemelut FGV.

“Saya tidak akan memberikan sebarang komen mengenai hal ini kerana ia hanya akan menganggu siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya ketika ditemui media di Menara Felda di sini hari ini.

Difahamkan beliau yang tiba pukul 2.33 petang tadi telah bertemu dengan pegawai tertinggi FGV sebelum keluar dari bangunan ini sejam kemudian. - UTUSAN ONLINE