i-Stone dalam kenyataannya berkata, M&A Securities akan menaja jamin 73.28 juta saham baharu yang merangkumi 61.07 juta saham yang ditawarkan kepada orang awam dan 12.21 juta saham bagi pengarah dan pekerja.

Pengarah Urusannya, Tee Sook Sing berkata, kumpulan itu telah mengembangkan keupayaan dalaman untuk aktiviti pembuatan automasi yang membawa kepada penubuhan model perniagaan bagi membolehkannya mengawal kualiti dan pengeluaran.

“Kami mengendalikan model perniagaan dengan mengintegrasikan kepakaran dan keupayaan dalaman, yang merupakan kelebihan kompetitif kami.

“Ini membolehkan kami memajukan mesin automasi khusus kami untuk memenuhi spesifikasi dan penyelesaian yang diperlukan oleh pelanggan,” katanya di sini hari ini. - BERNAMA