Pengarah Negara Huawei Malaysia, Bill Liu berkata, P20 Series dibina menerusi kerjasama berterusan dengan Leica.

“Dengan P20 Pro dilengkapi kamera tiga kali ganda dan P20 pula mempunyai kamera dua kali ganda, ia menjadikan kecerdasan pintar yang berkuasa untuk ke­dua-dua telefon pintar ini.

“Sudah tentu ini akan memberi pengalaman yang lebih menarik kepada pengguna untuk merakam dan berkongsi gambar di sekeli­ling mereka,” katanya dalam ke­nyataan di sini hari ini.

Huawei, merupakan jenama telefon pintar kedua terbesar di Malaysia. Sempena pelancaran itu, Huawei Malaysia akan me­ng­a­dakan pameran bergerak mulai 6 hingga 8 April di LG Floor, Blue Concourse, Sunway Pyramid.

Pelanggan bertuah boleh memenangi hadiah menarik bernilai lebih RM999 bagi setiap pembe­lian P20 Series.

Untuk menikmati pengalaman menarik penggunaan kamera pintar, pelanggan boleh membeli P Series yang baharu untuk mendapatkan hadiah percuma bernilai lebih RM999 antaranya, mesin pencetak Canon Pixma E3170, fon kepala Huawei Sport Bluetooth (AM61).

Selain itu, pelanggan juga berpeluang memenangi Huawei P20 Pro apabila membeli daripada pameran bergerak tersebut.

Pameran bergerak Huawei P20 turut diadakan di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang.