Pengarah Urusannya, Khoo Seng Giap berkata, syarikat itu menjangka menawarkan 116.6 juta saham HPMT dengan harga tawaran 56 sen sesaham.

Beliau berkata, daripada 116.6 juta saham tersebut, 16.4 juta akan diperuntukkan kepada orang awam dan 8.3 juta saham kepada pengarah dan kakitangan HPMT yang layak.

“Sementara itu, 59 juta saham akan diperuntukkan kepada pelabur institusi dan terpilih dan 32.9 juta kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

“Daripada sejumlah RM42.3 juta yang dikumpulkan (daripada IPO itu), RM34 juta diperuntukkan bagi pembelian mesin baharu manakala RM2.9 juta akan digunakan sebagai modal kerja,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran prospektus syarikat itu di sini hari ini. - BERNAMA