Menerusi kempen itu, pe­langgan berpeluang menikmati tawaran rebat bermula dari RM2,500 hingga RM20,000 untuk model terpilih yang didaftarkan dari 1 September sehingga 30 September 2018.

Selain itu, sepanjang tempoh kempen ini pelanggan turut layak menyertai peraduan ‘Joy of Buying’, yang mana berpeluang untuk memenangi sebuah daripada tujuh buah kereta Honda City yang ditawarkan sebagai hadiah utama selama tujuh minggu.

“Untuk maklumat lanjut me­ngenai kempen dan peraduan ini, model dan perkhidmatan selepas jualannya, pelanggan diminta menghubungi talian bebas tol Honda 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my,” katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, syarikat automotif tersebut berkata, ia terus menerajui segmen kereta bukan nasional setakat Januari hingga Julai lalu, dan terus berusaha untuk mengekal dan mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran.

“Sepanjang tempoh cuti cukai selama tiga bulan dari 1 Jun hingga 31 Ogos lalu, Honda Malaysia me­rekodkan pencapaian yang mem­beransangkan dengan jual­an melebihi 35,000 buah, me­wakili 47 peratus daripada jualan keseluruhan dalam tempoh itu.

“City, Civic dan Jazz merupakan tiga model paling popular dalam kalangan pelanggan. City merangkumi sebanyak 35 peratus jumlah jualan sepanjang tempoh itu, diikuti dengan Civic pada 17 peratus dan Jazz 15 peratus,” jelasnya.