Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi berkata, kenderaan itu merupakan model hibrid kedua yang dilancarkan Honda Malaysia dalam tempoh dua bulan, serta model kelima bagi tahun ini.


“Kami berbangga menjadikan Malaysia sebagai satu-satunya negara di luar Jepun yang memperkenalkan City Sport Hybrid i-DCD sekali gus memfokuskan strategi jenama ini dalam menggunakan teknologi generasi baharu.


“Sedan hibrid ini sangat menarik dan dijual pada harga berpatutan, bersesuaian dengan eksekutif muda dan dewasa untuk memiliki kenderaan terbaik,” katanya pada rumah terbuka raya Honda Malaysia dan pra tonton model baharu itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE