Ketua Pegawai Eksekutif HLAM Hoo See Kheng berkata, dana tersebut akan diuruskan secara aktif oleh pengurus dana antarabangsa Sumitomo Mitsui Asset Management (Hong Kong) Ltd. dan menyasarkan untuk menyediakan pelanggan penambahan nilai modal melalui pelaburan yang pelbagai ke rantau Asia Pasifik menerusi Jepun.

“Pelantikan Sumitomo Mitsui bagi Tabung HLAPE bagi memanfaatkan kepakarannya dalam pelaburan di rantau Asia Pasifik dan memberi keyakinan kepada pelabur jangka panjang dalam HLAM dengan menyediakan pelanggan kami akses kepada produk pelaburan yang pelbagai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dana itu yang diagihkan melalui kira-kira 260 buah cawangan Hong Leong Bank di seluruh negara, berharga RM1.00 seunit untuk sepanjang tempoh tawaran awal hingga 14 April, 2019.

Pelaburan permulaan minimum adalah RM1, 000 manakala pelaburan tambahan minimum adalah RM100. - BERNAMA