HTSCC bernilai RM8 juta adalah pusat sokongan pelanggan pertama di dunia dan di luar Jepun yang dibina mengikut spesifikasi standard antarabangsa untuk membantu pelanggan dalam mematuhi kod latihan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar.

Pengarah Urusan Hino Motor Sales (M) Sdn. Bhd., Ken Iwamoto berkata, pusat yang dinaiktaraf itu menguatkan komitmen syarikat itu untuk terus melabur di Malaysia dan berharap ia menjadi pemangkin kepada pelanggan tempatan dan rantau ini.

“Pusat latihan ini terbuka untuk pemandu trak atau kenderaan tugas berat yang dilatih dengan kaedah serta teknik pemanduan beretika bagi mengurangkan bilangan kemalangan, aduan serta saman dan yang paling penting untuk menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kos perniagaan,” katanya dalam ucapan pada majlis perasmian pusat berkenaan sebentar tadi.

Majlis perasmian itu telah disempurnakan oleh Kaunselor, Pengarah Hal Ehwal Ekonomi Kedutaan Jepun di Malaysia, Kohei Nakamura. - UTUSAN ONLINE