Dalam satu kenyataan, Jabatan Perangkaan Malaysia berkata, pertumbuhan tertinggi didaf­tarkan oleh agen profesional dan hartanah (14.4 peratus) dan segmen kesihatan, pendidikan dan seni, hiburan dan rekreasi (8.1 peratus).

Sementara itu, jumlah hasil bagi perbandingan setiap suku tahunan meningkat RM3.4 bilion atau 0.9 peratus. Bilangan pekerja dalam sektor ini ialah 3.6 juta, meningkat 59,518 orang atau 1.7 peratus berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.

Pada perbandingan suku tahun, bilangan pekerja mencatat kenaikan 0.03 peratus.

Pada suku pertama 2018, gaji dan upah yang dibayar ialah RM23.7 bilion, meningkat 3.5 peratus berbanding tahun sebelumnya, dengan pertumbuhan negatif sebanyak 0.5 peratus bagi perbandingan suku tahunan.

Jumlah hasil bagi segmen perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan merekodkan pertumbuhan 7.4 peratus kepada RM320.2 bilion berbanding suku yang sama 2017.

Subsektor makanan dan minuman mencatat pertumbuhan tahunan sebanyak 10.4 peratus berbanding sub sektor lain dalam segmen ini.

Ia juga mencatat peningkatan sebanyak 1.3 peratus berban­ding suku sebelumnya. Bilangan pekerja dalam segmen ini me­ningkat 1.7 peratus kepada 2.7 juta orang berbanding suku pertama 2017.

Gaji dan upah yang dibayar meningkat 3.1 peratus kepada RM14.2 bilion.

Bagi perbandingan suku tahun, bilangan pekerja merekodkan pertumbuhan positif 0.1 pe­­ratus, manakala gaji dan upah yang dibayar meningkat 0.7 peratus.

Segmen maklumat dan komunikasi serta pengangkutan dan penyimpanan mencatat peningkatan hasil sebanyak RM4.2 bi­lion kepada RM58.7 bilion bagi suku pertama 2018 berbanding suku yang sama tahun sebe­lumnya.

Pertumbuhan ini didorong oleh subsektor maklumat dan komunikasi pada RM2.7 bilion de­ngan sumbangan sebanyak 63.0 peratus. – BERNAMA

Sementara itu, jumlah hasil, bagi segmen ini mencatat penurunan 2.0 peratus bagi perbandingan suku tahun.

Bilangan pekerja segmen ini meningkat 0.9 peratus tahun ke tahun kepada 469,588 orang, manakala gaji dan upah yang dibayar juga meningkat kepada RM4.9 bilion (2.0 peratus).

Bagi perbandingan suku tahun bilangan pekerja menurun sebanyak 0.1 peratus, manakala gaji dan upah yang dibayar merosot 5.4 peratus berbanding suku sebelumnya.

Segmen kesihatan, pendidikan dan seni, hiburan dan rekreasi mencatatkan jumlah hasil sebanyak RM15.6 bilion, meningkat 8.1 peratus, berbanding RM14.4 bilion pada suku pertama 2017.

Peningkatan hasil bagi segmen ini didorong oleh seni, hiburan dan rekreasi pada 40.5 peratus, subsektor kesihatan (27.8 peratus) dan pendidikan (31.7 peratus).

Jumlah hasil bagi segmen ini meningkat sebanyak 3.7 peratus berbanding dengan suku sebelumnya. Bilangan pekerja meningkat sebanyak 2.1 peratus kepada 276,725 orang berbanding suku tahun yang sama tahun sebelumnya.

Gaji dan upah yang dibayar juga meningkat 5.0 peratus kepada RM2.3 bilion. – BERNAMA