Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Harga sarung tangan getah dijangka meningkat 9-12%

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Harga sarung tangan getah dijangka mengalami peningkatan sehingga sembilan ke 12 peratus dalam masa beberapa hari lagi disebabkan faktor-faktor yang mempengaruhi harga tersebut.

DENIS LOW
DENIS LOW

Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (Margma), Denis Low Jau Foo berkata, satu daripada faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan harga sarung tangan getah adalah Taufan Irma yang sedang melanda pesisir pantai Amerika Syarikat (AS).

Katanya, bencana berkenaan telah menyebabkan harga butadiene iaitu bahan penting dalam penghasilan getah nitril melonjak naik sekali gus meningkatkan harga getah nitril.

Menurutnya, harga getah asli lateks juga dijangka bakal terjejas disebabkan spekulasi yang menjadikan harga bahan komoditi tersebut turun naik.

"Selain peningkatan kos bahan mentah, faktor utama lain yang menyebabkan lonjakan harga sarung tangan getah ialah nilai mata wang dolar AS yang semakin lemah berbanding ringgit iaitu daripada RM4.49 kepada RM4.21 ketika ini.

"Kekurangan kertas yang telah menyebabkan kenaikan bahan pembungkusan sebanyak 15 peratus juga memberi kesan kepada harga sarung tangan getah sekali gus mustahil bagi pengeluar menanggung peningkatan kos," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Jau Foo, peningkatan harga sarung tangan getah yang ketara wajar dikawal dan diurus dengan bijak disebabkan getah nitril dan getah asli lateks merupakan komponen penting dalam penghasilan sarung tangan getah.

Sebagai pemerhati industri katanya, Margma menasihati ahli-ahlinya supaya menyemak semula harga sarung tangan getah untuk berada setara dengan peningkatan kos pembuatan.

Mengulas prestasi industri sarung tangan getah, Jau Foo berkata, permintaan bagi sarung tangan getah pada separuh pertama 2017 menunjukkan peningkatan positif apabila pendapatan melonjak 25 peratus kepada RM8.1 bilion berbanding RM6 bilion bagi tempoh enam bulan sebelumnya.

Katanya, jumlah pengeluaran juga meningkat sebanyak 15.8 peratus berbanding pertumbuhan antara lapan hingga 10 peratus kebiasaannya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain