Kerajaan telah memperuntukkan RM3 bilion subsidi untuk RON95 dan diesel, bagi memastikan harga bahan api ini diapungkan di pasaran.

"Jumlah itu (subsidi) boleh dikurangkan, bergantung  kepada harga minyak tetapi saya  tidak mahu memberikan angka kerana ia turun naik minggu demi minggu.

"Tetapi anggaran kami adalah RM3 bilion (subsidi) hingga akhir tahun," katanya, sambil menambah bahawa walaupun harga mungkin akan meningkat selepas ini, kerajaan berusaha untuk 'tidak menaikkan harga'.

Mengenai RON97 yang kini mencecah RM2.59 seliter, menteri itu berkata harga akan berdasarkan kepada pergerakan pasaran.

"RON97  tidak menjadi masalah, kerana ia digunakan kenderaan mewah," katanya.-BERNAMA