Pengarah dan Perunding Peladangan Gan Ling Sdn. Bhd., Ling Ah Hong berkata, meskipun harga MSM dijangka berada pada trend menurun, keadaan boleh berubah jika ada gangguan ke atas pengeluaran minyak jenis itu.

Katanya, jika Indonesia meningkatkan penggunaan biodiesel, ini seterusnya akan memberikan kesan positif kepada industri.

“Antara faktor lain termasuk ketiadaan cuaca ekstrem yang telah menyumbang kepada peningkatan inventori minyak sawit pada tahun ini.

“Fenomena La Nina yang agak lemah telah membantu pertumbuhan bekalan minyak sawit dan ini menyebabkan penurunan harga terutamanya pada separuh kedua 2018,” katanya dalam sesi Unjuran Pasaran Minyak Sawit Global 2018 di sini hari ini.

Sesi tersebut adalah sebahagian daripada Dialog dan Seminar Reach and Remind Friends yang dianjurkan oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Pada 2015, cuaca El Nino yang agak buruk telah membawa hujan dan ribut di rantau ini dan melonjakkan harga sebanyak 66 peratus pada 2016.

Sementara itu, Pengasas Bersama dan Pemilik Palm Oil Analytics dari Singapura, Dr. Sathia Varga meramalkan bekalan akan mencecah 20.52 juta tan manakala Indonesia berada pada 39 juta tan.