Peningkatan itu membantu mengurangkan sebahagian ke­rugian daripada sesi dagangan sebelumnya disebabkan oleh kenaikan inventori di AS.

Ia juga disebabkan oleh Arab Saudi dan Rusia yang menambah pengeluaran untuk menampung sedikit gangguan bekalan yang dijangkakan terhadap Iran itu.

Niaga hadapan minyak mentah antarabangsa Brent berada pada AS$84.94 (RM352.18) setong setakat 0008 GMT, me­ningkat 36 sen atau 0.4 peratus daripada harga penutupan terak­hirnya.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) pula meningkat 41 sen atau 0.6 peratus pada AS$77.74 (RM322.33) setong.

“Harga minyak mentah turun pada Khamis disebabkan oleh gabungan peningkatan pengeluaran minyak di Arab Saudi dan Rusia serta peningkatan inventori di AS.

“Harga bagaimanapun masih berdaya tahan kerana kebimbangan bagi gangguan bekalan menjelang sekatan terhadap Iran,” kata ANZ Bank pada Jumaat.

Secara keseluruhannya, sentimen pasaran minyak adalah menarik.

Peniaga-peniaga kewangan telah bersama mempertaruhkan bahawa harga minyak akan terus meningkat berjumlah kepada hampir 1.2 bilion tong.

Sementara itu, bilangan kedudukan pendek dalam enam kontrak niaga hadapan petroleum paling penting telah jatuh ke paras paling rendah sejak sebelum 2013, mencipta ketidakseimbangan antara pe­ningkatan dan penurunan harga dalam pasaran minyak mentah. – REUTERS.