Pelantikan itu diumumkan oleh Pejabat Ketua Menteri (CMO) di sini hari ini.

Ahli lembaga pengarah lain terdiri daripada Datuk Mohammad Medan Abdullah, Sharbini Suhaili, lr. Zuraimi Sabki dan Heng Hock Cheng, kata CMO dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg menyuarakan keyakinan beliau terhadap ahli lembaga Petros kerana ia terdiri daripada para profesional industri yang berpengalaman dan memiliki rekod prestasi yang sangat kukuh dan terbukti semasa berkhidmat dalam jawatan penting dalam industri minyak dan gas.

Kenyataan itu berkata, pelantikan ahli lembaga yang berwibawa bertujuan memastikan Petros akan memajukan arah tuju strategik yang betul serta ber­operasi menggunakan model perniagaan yang baik, dalam mencapai matlamat yang dihasratkan.

Hamid, 72, pernah ber­khidmat dengan Malaysia LNG Sdn. Bhd. selama beberapa tahun di Bintulu.

Petros ditubuhkan dengan matlamat utama memboleh­kan Sarawak mengambil bahagian dalam pembangunan minyak dan gas huluan, ter­utama dalam penerokaan dan pengekstrakan minyak dan gas di perairan negara.

Penubuhan ini juga selaras dengan aspirasi Sara­wak untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk penduduk tempatan, selain menarik bakat dan kepakaran rakyat negeri itu yang kini berkhidmat di luar. – bernama