Presiden Grab, Ming Maa berkata, JVC itu akan mewujudkan pasaran insurans digital yang menawarkan produk insurans inovatif dalam pelbagai kategori secara terus kepada pengguna menerusi aplikasi mudah alih Grab.

Maa berkata, platform dalam talian itu akan dilancarkan di Singapura pada separuh pertama 2019 sebelum diperluaskan ke pasaran lain.

“Platform baharu itu akan memberikan akses produk insurans kepada jutaan pengguna yang belum melanggan insurans atau mendapat perlindungan insurans yang rendah melalui telefon mudah alih, dengan membolehkan mereka melayari serta membayar produk insurans mampu milik melalui aplikasi Grab, tanpa melalui ejen atau broker,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE