Pada anugerah itu, Genius Aulad Bayan Baru telah mendominasi dua anugerah iaitu Anugerah Kecemerlangan dalam Penyampaian Pendidikan dan Pematuhan serta anugerah utama iaitu Pusat Perkembangan Kanak-kanak Terbaik Seluruh Negara.

Walaupun baru tiga tahun dalam industri ini, Genius Aulad Bayan Baru telah membuktikan mereka berjaya menjadi francais terbaik.

Pengarah Urusannya, Hazrina Muhammad berkata, anugerah itu menjadi pemangkin untuk mereka terus meningkatkan kualiti dalam memberi khidmat dan menghasilkan anak-anak yang lebih proaktif serta berkualiti dari pelbagai aspek sebelum memasuki alam persekolahan sebenar. 

Bagi kategori Francais Genius Aulad, sebanyak empat anugerah berserta satu anugerah utama telah disampaikan kepada para pemenang.

Antara anugerah lain ialah Anugerah Kecemerlangan dalam Operasi dan Hal Ehwal Murid dimenangi Genius Aulad Wangsa Maju; Anugerah Kecemerlangan Pengurusan dan Perniagaan dimenangi oleh Genius Aulad Bandar Tun Husein Onn dan Anugerah Kecemerlangan dalam Kesejahteraan Tempat Kerja dimenangi oleh Genius Aulad Bandar Putra Permai


Anugerah itu telah disampaikan oleh Menteri Perdangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail. - UTUSAN ONLINE