Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Geely kenderaan rasmi di China

Digunakan untuk menjemput tetamu negara, diplomatik dan orang kenamaan

An Conghui (kiri) dan  Yuan Weimin menunjukkan replika kunci Geely 2
An Conghui (kiri) dan Yuan Weimin menunjukkan replika kunci Geely GC9 selepas majlis penyerahan 50 buah kenderaan baharu jenama tersebut sebagai kenderaan rasmi di Beijing, China, kelmarin.

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Sebanyak 50 buah kendera­an Geely GC9 baharu dise­rahkan kepada Biro Perkhid­matan Diplomatik Beijing yang menyaksikan kereta tersebut akan digunakan sebagai sebahagian daripada kenderaan rasmi diplomatik di China.

Kenderaan tersebut turut digunakan ketika kunjungan rasmi dan untuk menjemput tetamu negara, diplomat dan orang ke­namaan ke negara berkenaan.

Sebagai model pertama untuk barisan Generasi Geely 3.0, Geely GC9 dilengkapi dengan teknologi pemanduan terbaharu dari Geely iNTEC. Bagi model 2018, Geely GC9 telah menerima perubahan besar, pengendalian yang lebih baik, powertrain baharu dan pres­-
tasi NVH yang optimum.

Peningkatan itu menghasilkan pengalaman memandu yang le­-
bih halus, selesa dan pintar, meningkatkan penanda aras pa­da kualiti untuk jenama China.

Presiden Geely Holding Group yang juga Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Geely Auto Group, An Conghui berkata, Geely Auto telah bertapak dalam industri automotif lebih 20 tahun dan komited terhadap dasar pembangunan melalui teknologi dan inovasi sejajar dengan kehendak pasaran.

“Walaupun kebangkitan jenama China tidak dapat dielakkan dengan dasar Made in China 2025, kami berharap jenama China akan menggunakan pengaruh baharu mereka untuk mening­katkan daya tarikan budaya China.

“Melihat kepada masa hadapan, kami akan melaksanakan lebih banyak bekalan pembaha­ruan struktur dan menyampaikan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi yang akan memenuhi permintaan pasaran yang semakin matang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Majlis penyerahan kenderaan itu diadakan di Beijing, China, semalam. Yang turut hadir, Ke­tua Pengarah Biro Perkhidmatan Diplomatik Beijing, Yuan Wei­min dan Duta Uruguay ke China, Fernando Lugris.

Sejak 2012, kerajaan China te­lah membuat beberapa siri pembaharuan bagi polisi kereta rasmi dan mempromosikan secara aktif penggunaan jenama China untuk kegunaan rasmi.

Dengan pembaharuan itu, Geely GC9 telah dipilih oleh Biro Perkhidmatan Diplomatik Kementerian Luar Negeri untuk digunakan sebagai sebahagian daripada kenderaan rasmi diplomatik mereka di China.

Sebelum itu, sebanyak 20 unit kenderaan Geely GC9 kumpulan pertama telah diserahkan pada 20 Mac 2015, sekali gus menandakan pencapaian utama bagi promosi jenama automotif China.

Model GC9 milik Geely te­lah menjadi peneraju jualan di kalangan jenama China dalam pasaran segmen sedan yang besar, mendapat kepercayaan dan sokongan lebih daripada 110,000 pemilik sejak memasuki pasaran dua tahun lalu.

Geely GC9 telah menjadi tanda aras bagi jenama China dalam segmen D, sering mendahului pesaing antarabangsa dari segi jualan dan dipilih sebagai kereta rasmi untuk pelbagai acara antarabangsa yang diadakan di China.

Sementara itu, Yuan Weimin berkata, pemilihan Geely GC9 dibuat dua tahun lalu setelah mempertimbangkan dengan te­-
liti sebagai kenderaan rasmi diplomatik dan mempamerkan semangat Geely untuk kualiti dan teknologi.

“Prestasi dan kebolehan ken­deraan tersebut telah mening­katkan reputasi dan kualiti per­khidmatan kami. Pengalaman kami dengan model Geely GC9 sebelum ini telah memberi kami keyakinan kepada kekuatan Geely GC9 yang baharu,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain