Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan, Kuala Lumpur Pavillion Sdn. Bhd., Datuk Joyce Yap berkata, daripada jumlah itu, pihaknya merancang untuk membina dua menara kediaman yang terdiri daripada 746 unit mewah dengan GDV sebanyak RM2 bilion menjelang akhir tahun.

Katanya, projek yang dikenali Pavilion Damansara Heights di Pusat Bandar Damansara, di sini melibatkan lebih 6.47 hektar tanah pegangan bebas dengan pembinaan 10 menara korporat, lima menara kediaman dan bangunan runcit.

“Pada masa ini, kami menerima sambutan hangat sehingga mencecah 2,500 pembeli yang berpotensi untuk unit tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Eksklusif Pavilion Damansara Heights di sini hari ini.

Yang hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Timbalan Pengerusi Pavillion Group, Puan Sri Cindy Lim dan Pengarah Jualan dan Pemasaran 1 Pavilion Property Consultancy Sdn. Bhd., Datuk Tracey Lai - UTUSAN ONLINE