Wakil pihak pengurusan BSN, Jay Khairil Jeremy Abdullah berkata, bagaimanapun perkara itu tidak berlarutan dan pembayaran gaji melalui akaun BSN telah selesai sepenuhnya pada pukul 8.39 pagi tadi.

“Keadaan ini berlaku berikutan sedikit cabaran dalam proses pengkreditan kami yang menyebabkan sedikit gangguan terhadap pembayaran gaji kepada para pelanggan kami.

“Walau bagaimanapun pihak kami telah pun mengenal pasti dan menangani perkara tersebut secepat mungkin di mana para pelanggan boleh melakukan transaksi pengeluaran wang seperti biasa sejak pukul 8.39 pagi tadi.

“Kami memohon maaf atas perkara ini dan sebarang kesulitan amatlah dikesali,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pagi tadi sebahagian anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) resah apabila pembayaran gaji melalui BSN mengalami kelewatan.

Seorang anggota PDRM menghubungi Utusan Malaysia memaklumkan, gaji melalui akaun BSN menghadapi sedikit kelewatan memandangkan masalah yang dihadapi pihak BSN. - UTUSAN ONLINE