Lebih-lebih lagi apabila syarikat tersebut melaksanakan platform elektronik yang mampu memberi nilai tambah yang lebih besar kepada pelanggan melalui perkongsian pengalaman serta penglibatan komuniti digital.

Ujar Gamuda Land dalam satu kenyataan, bagi meraikan kejayaan tersebut, satu majlis pelancaran secara besar-besaran telah diadakan baru-baru ini bersama GL Friends, sebuah komuniti pelanggan hartanah Gamuda Land yang terpilih.

“Melalui program kesetiaan Gamuda Land, GL Friends bukan sahaja berpeluang menikmati pelbagai ganjaran dan faedah malah mereka turut dapat menikmati bermacam-macam keistimewaan secara eksklusif.

“Program tersebut menyaksikan kehadiran hampir 400 pelanggan Gamuda Land dan selain menikmati hidangan makan malam yang mewah, mereka turut dihiburkan dengan persembahan penyanyi, Datuk Sheila Majid serta pelawak, Douglas Lim,” kata kenyataan itu.

Mengulas lanjut tentang majlis penghargaan yang diadakan, Gamuda Land menyifatkan mereka bertanggung jawab untuk menyediakan sebuah pembangunan yang akan disenangi orang ramai.

“Sebagai pembangun bandar, Gamuda Land komited mencipta pembangunan yang akan dipanggil sebagai ‘rumah’, yang pelanggan akan menjadi sebahagian daripadanya serta membesar sehingga usia tua.

“Dalam fokus membangunkan petempatan yang inovatif, kami juga sentiasa memandang pembangunan yang mapan untuk kemudahan dan keselesaan generasi akan datang,” katanya. – UTUSAN ONLINE