Pengarah Urusannya, Wan Azman Wan Kamal berkata, Gagasan Nadi Cergas merancang untuk meraih sebanyak RM60 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE.

Katanya, jumlah itu melibatkan terbitan awam saham-saham baharu bernilai RM42 juta dan tawaran untuk penjualan bagi saham-saham sedia ada bernilai RM18 juta.

"Sebahagian daripada hasil yang diraih akan digunakan bagi segmen utiliti untuk operasi sistem penyejukan (DCS) di bawah projek pembangunan Datum Jelatek,” katanya dalam majlis penyenaraian Gagasan Nadi Cergas di sini hari ini.  - UTUSAN ONLINE