Pengarah Urusannya, Fumiaki Sato berkata, kamera dalam generasi keempat X Series itu dilengkapi sensor X-Trans CMOS 4 dan enjin pemprosesan X-Processor 4 terbaharu.

“Selama tujuh tahun sejak diperkenalkan pada 2011, X Series telah berkembang dan sentiasa bertambah baik dari segi kualiti imej dan mobiliti daripada tiga generasi terdahulu.

“Kamera X-T3 kali ini hadir dengan pelbagai penambahbaikan sekali gus menjadikannya antara kamera Fujifilm paling berkuasa tinggi,” katanya pada acara pelancaran X-T3 di sini hari ini.

Fujifilm X-T3 untuk badan kamera sahaja dijual pada harga RM7,388, manakala set kit termasuk badan dan lensa berharga RM8,688. - UTUSAN ONLINE