Pengarah Urusan Fujifilm Malaysia, Yoshitaka Nakamura berkata, X-H1 adalah kamera mewah berpres­tasi tinggi ketiga dalam rangkaian siri X oleh Fujifilm direka bagi memenuhi keperluan jurugambar dan juruvideo profesional.

“Kami optimis sasaran dapat dicapai berdasarkan kepada keadaan ekonomi semasa, malah tahun lepas juga kami menyaksikan peningkatan 35 peratus jualan berbanding tahun sebelum­nya,” katanya ketika ditemui pada acara pelancaran kamera baharu itu di sini hari ini.

Kini boleh didapati di semua cawangan Fujifilm Wonder Photo Shop dan pengedar sah Fujifilm di seluruh negara, X-H1 untuk badan sahaja dijual pada harga RM7,988 manakala X-H1 bersama kit cengkaman bateri berharga RM9,188.

Nakamura memberitahu, X-H1 adalah kamera pertama dalam siri X yang direka dengan 5-axis in-body image stabilisation (IBIS), mod pengurangan kelipan, penambahbaikan algoritma Auto Focus dan prestasi pengesan pergerakan.

“Selain itu, kelebihan utama kamera ini adalah ia dilengkapi dengan mod ETERNA, iaitu simulasi filem dan video baharu oleh Fujifilm yang mampu menghasilkan tona serta warna yang menyerupai filem sinematik sebenar,” katanya.