Presiden Fuji Xerox Asia Pacific (Operasi Malaysia), Mark Tan berkata, produk itu bertujuan memudahkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam merekodkan pertumbuhan, produktiviti dan keberkesanan dalam ekonomi digital.

“Siri ApeosPort-VIl dan DocuCentre-VIl Color menawarkan penyelesaian yang mudah, pantas, digital dan terhubung dengan perkhidmatan awan untuk memenuhi permintaan perniagaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE