Itu adalah salah satu ciri teknologi hebat kamera digital tanpa cermin (mirrorless) Fujifilm model X siri yang baharu.

DUA model terkini dengan kemasan salutan gabungan warna perak hitam dan hitam
DUA model terkini dengan kemasan salutan gabungan warna perak hitam dan hitam 

Kamera digital Fujifilm X-T30 merupakan kamera generasi keempat syarikat gergasi pengeluar kamera yang berpengkalan di Jepun itu telah dilancarkan secara rasminya pagi tadi .

Model ini didatangkan dengan ciri-ciri teknologi pemprosesan terkini mengandungi resolusi 26.1 megapixel selain mempunyai kelajuan titik memfokus berbanding keluaran siri X-T20 sebelumnya.

Pengarah Urusan Fujifilm Asia PacifiC, Hiroyuki Matsura berkata, selain ciri- ciri penambahbaikan dan mesra pengguna kamera X-T3O ini sesuai untuk golongan muda dan gemar berlibur.

“Sasaran produk ini khusus untuk amatur dan penggiat seni fotografi hobi amnya kerana ciri- ciri badan kamera itu sendiri kecil, ringan dan mudah dikendalikan.

“Selain itu juga kami di Fujifilm senantiasa memberi keselesaan kepada pengguna dengan meningkatkan ketepatan pengesanan muka dan mata serta fungsi baharu ‘face select’ untuk subjek rakaman melibatkan potret,” jelasnya kepada Utusan Online di sini hari ini.

PENGUNJUNG berpeluang menggunakan kamera digital FujiFilm X-T30
PENGUNJUNG berpeluang menggunakan kamera digital FujiFilm X-T30 

Harga seunit kamera berharga RM3,888 untuk badan kamera sahaja manakala RM 5,488 untuk set kit didatangi lensa zum 18-55mm.

Dalam majlis pelancaran yang diadakan di pusat membeli- belah The Linc itu, tetamu yang hadir turut berpeluang merasai kehebatan penggunaan kamera tersebut yang disediakan untuk demontrasi ‘hands on’ di lapangan. - UTUSAN ONLINE