Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perjanjian itu juga akan memberi peluang kepada Malaysia untuk menarik lebih ramai pelabur dari Hong Kong dengan lebih banyak insentif disediakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Malaysia jelasnya, turut memfokuskan kepada pasaran industri halal dengan Hong Kong berperanan sebagai hab pengedaran.

“FTA ini cukup penting untuk diambil peluang oleh usahawan-usahawan di dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi menyebarluaskan produk-produk dari Malaysia,” katanya kepada wartawan Malaysia sebaik sahaja tiba ke Hong Kong bagi menyempurnakan Sidang Kemuncak Ekonomi China Sedunia (WCES) 2017.

Beliau dijangka memberikan ucaptama WCES 2017 malam ini di Island Shangri-La Hotel Hong Kong.-UTUSAN ONLINE