Menurut FMM, kaji selidik yang dijalankan bulan lalu mendapati le­bih daripada 100 syarikat terbabit belum menerima bayaran balik cukai input GST berjumlah RM220 juta.

Katanya, kelewatan dalam bayaran semula itu menyebabkan isu aliran tunai yang serius dalam kalangan anggotanya ter­­utama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan turut menjejaskan pengeksport.

“Jika mengambil kira 3,000 syarikat yang menjadi anggota FMM secara langsung, jumlah bayaran balik kepada pe­ngeluar sudah tentu le­bih besar. Kami berharap bayaran balik yang diluluskan itu da­­pat diagihkan semu­la kepada ahli dengan segera.

“Dalam masa sama, kami juga menggesa ke­rajaan supaya memastikan semua kes tertangguh berhubung bayaran balik cukai jualan khas bermula sejak era GST pada 2015 disemak semula dan ditutup sebelum SST 2.0 dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kelmarin mendedahkan akaun amanah kerajaan meng­alami kekurangan sebanyak RM18 bilion dan wang tersebut didakwa hilang semasa pentadbiran Barisan Nasional yang sepatutnya dikembalikan kepada peniaga dua minggu selepas mereka memfailkan tuntutan bayaran balik GST.

Setakat 31 Mei 2018, jumlah tertunggak sejak 2015 ialah sebanyak RM19.4 bilion dan da­ripada jumlah itu, sejumlah RM9.2 bilion adalah dari 2018, RM6.8 bilion (2017), RM2.8 bi­lion (2016) dan baki RM600 juta (2015). Baki yang tinggal dalam akaun hanya RM1.486 bilion.

Semalam, Peguam Percukai­an yang juga Rakan Kongsi Lee Hishamuddin Allen & Gled­hill (LHAG), S.Saravana Kumar berkata, syarikat berhak membuat tuntutan semula daripada bayaran balik GST dan boleh mengambil tindakan undang-undang sekiranya agensi berkaitan tidak memberi maklum balas terhadap perkara ber­kenaan.

FMM mahu Kementerian Ke­wangan berbincang dengan pihak berkepentingan yang terjejas di­sebabkan bayaran balik GST itu bagi mencari jalan terbaik menyelesaikan isu kritikal ter­sebut.

“Kami juga memerlukan jaminan kerajaan bahawa tidak akan ada imbangan kredit GST bagi bayaran SST pada masa hadapan,” katanya.

Bagi memastikan peralihan yang lancar daripada GST kepada SST, FMM mencadangkan pengecualian penalti bagi kesalahan yang dibuat semasa pelaksanaan awal SST.

Menurutnya, pengecualian itu sepatutnya hanya disasarkan terhadap pihak yang mempu­nyai niat dengan sengaja untuk menipu kerajaan.

“Untuk itu, kami berharap kerajaan supaya lebih berha­ti-hati dalam memantau kelemahan dan melaksanakan pe­­­­­­nguatkuasaan yang ketat terhadap aktiviti ‘eko­nomi gelap’, aliran keluar modal haram dan mengelakkan cukai di bawah regim SST,” ­katanya.