FGV dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia memberitahu, pemberhentian tersebut turut membabitkan semua transaksi waran berstruktur yang melibatkan FGV.

“Kesemua transaksi akan disambung semula pada pukul 2.30 petang ini,” jelas syarikat itu.

Sementara itu, FGV turut memaklumkan Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah yang terdiri daripada Pengarah FGV, Datuk Dr. Omar Salim; Datuk Zafer Mohd. Hashim dan Ketua Logistik Kluster, Azman Ahmad akan mengambil alih tanggungjawab sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.

Ini berikutan keputusan mengarahkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad bercuti berkuat kuasa serta merta.

Selain Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd. Talha juga turut diarahkan bercuti.

“Lembaga pengarah turut melantik Pengawal Kewangan Kumpulan Sektor Perladangan, Aznur Kama Azmir sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Interim,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE