Naib Presiden Eksekutif Kumpulan Etika, Nicholas Ng berkata, anugerah itu bertepatan dengan usaha berterusan kumpulan syarikat itu yang mengutamakan daya saing bagi melakukan transformasi dan memperkukuhkan pertumbuhan sumber manusianya.

Katanya, ini disokong dengan amalan dan standard sumber manusia yang terkini.

“Di Etika kami sentiasa meningkatkan aras dalam membangunkan pengurusan sumber manusia dan juga memupuk suasana yang membolehkan bakat kami untuk cemerlang. Ini merupakan pencapaian hebat yang menggalakkan usaha berterusan kami dalam mengukuhkan Kumpulan Etika sebagai majikan pilihan di Asia bagi tahun-tahun mendatang,” katanya.

Anugerah Majikan Terbaik Asia dibuat berdasarkan kebolehan organisasi memterjemahkan keupayaan dan keunggulan mereka melalui sumber menusia serta wawasan ke arah strategi dan kecepakan yang berkesan. - Utusan Online