Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata, dalam keseluruhan industri itu produk perabot kayu telah mendapat sambutan menggalakkan membabitkan nilai eksport sehingga 80 peratus atau RM8.1 bilion nilai pendapatan.

“Peningkatan itu menunjukkan perkembangan positif dalam industri perabot yang menyumbang kepada pendapatan negara.

“Produk tempatan kini semakin diterima di luar negara berikutan kita menawarkan produk berkualiti dengan harga berpatututan,” katanya selepas merasmikan Pameran Perabot Antarabangsa (MIFF) di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan ASEAN Business, United Business Media (UBM) Asia, M. Gandhi dan Pengerusi MIFF, Datuk Dr. Tan Chin Huat.

Mengulas lanjut, Siew Keong berkata, dalam mengekalkan prestasi produk tempatan kerajaan turut memperuntukkan geran RM100 juta selain membangunkan pusat rekaan bagi menggalakkan lebih ramai pereka muda menghasilkan produk tempatan sebelum dieksport. - UTUSAN ONLINE